Saturday, October 31, 2026
HomeHIBURAN‘Dah Tiada mood Kerja Dalam Industri’ – Sabhi Saddi Nak Bersara

‘Dah Tiada mood Kerja Dalam Industri’ – Sabhi Saddi Nak Bersara

SHAH ALAM – Bukan kerana tiada tawaran tetapi penyanyi Sabhi Saddi nekad bersara akhir tahun depan dari dunia seni bagi memberi tumpuan penuh terhadap keluarga dan perniagaan.

Sebelum bersara, Sabhi, 41, berkata, dia ingin melancarkan dua buah lagu pada tahun ini sebagai hadiah perpisahan buat peminat.

Sebenarnya saya tiada ‘mood’ untuk berada dalam industri bukan tiada tawaran, masih ada tetapi lebih kepada jemputan persembahan majlis perkahwinan.

“Saya pun sudah berumur 40 tahun, ramai bakat luar yang ada. Mungkin inilah masa tepat untuk saya fokus kepada anak, isteri dan perniagaan.

“Insya-Allah, saya akan keluarkan dua lagu pada 2025 dan mungkin tahun hadapan akan jadi tahun terakhir berada dalam industri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, pelantun lagu Cinta Sesungguhnya itu tetap dengan pendirian untuk bersara walaupun kedua-dua seleksi yang bakal dilancarkan meraih sokongan luar biasa.

“Kalau lagu saya hits pun saya tetap akan bersara, biar orang ingat saya dengan lagu-lagu saya sampai bila-bila.

Jika lagu saya menjadi, saya tinggalkan industri dengan cara baik tetapi kalau tak dapat sambutan, terpulang.

“Semua akan terhenti, saya cuma nak orang kenal saya melalui lagu-lagu saya sahaja. Selepas melancarkan dua lagu saya yang terakhir pada tahun ini, saya akan hilang dari segalanya,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES