Wednesday, August 5, 2026
HomeHIBURANCik Man Kini Kritikal Di ICU, Saluran Jantung Tersumbat

Cik Man Kini Kritikal Di ICU, Saluran Jantung Tersumbat

PETALING JAYA – Pelakon Cik Man atau Kamarool Haji Yusoff, 67, terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan susulan masalah saluran jantung tersumbat.

Perkara tersebut dimaklumkan pelawak Amir Raja Lawak yang memberitahu keputusan menidurkan Cik Man dibuat bagi membolehkan dia berehat selain memudahkan urusan rawatan doktor.

“Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam.

“Keadaan dia terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini ditidurkan untuk dia rehat serta doktor lakukan rawatan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Pada masa sama, Amir menjelaskan pelakon itu tidak dibenarkan menerima pelawat selain memaklumkan akan berkongsi maklumat terkini berkenaannya dari masa ke masa.

“Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat.

“Ada apa-apa perkembangan, insya-Allah saya akan maklumkan juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man,” jelasnya.

Selain itu, Amir turut mendoakan urusan pelakon filem 6 Jilake itu dipermudahkan dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala, Amin Ya Mujib Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.

Cik Man sebelum ini melakukan kemunculan sulung membawakan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja.

Panggilan Farouk yang dahulunya sinonim dalam kalangan peminat era 1980-an kini sudah bertukar kepada Cik Man, nama wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kolaborasi Batal, Tahu-Tahu Saya Kena Tendang Daripada Grup WhatsApp’

0
BANGI – Pernah dipelawa menyertai Iklim sekitar dua tahun lalu, penyanyi Syafiq Farhain mengakui terkilan apabila kerjasama dengan kumpulan terbabit tidak kesampaian selepas projek...

CATEGORIES