Wednesday, June 10, 2026
HomeHIBURAN‘Cari Pengalaman, Dapat Kerja Yang Baik Pada Usia Muda’ - Intan Najuwa

‘Cari Pengalaman, Dapat Kerja Yang Baik Pada Usia Muda’ – Intan Najuwa

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa menasihatkan golongan wanita terutama generasi muda agar menimba ilmu dan tidak berhenti berusaha untuk memiliki kehidupan yang menyenangkan pada masa hadapan.

Menurut Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, perkara tersebut adalah penting kerana usaha yang baik akan menghasilkan sebuah hasil positif dalam kehidupan kelak.

“Tolong keluar dan cari haluan sendiri. Belajar betul-betul, cari pengalaman, dapatkan kerja yang baik dan mula menabung duit sendiri sejak muda.

“Percayalah, bila ada pendapatan sendiri dan mampu berdikari, rasa itu akan berbeza.

“Kalian akan lebih yakin dan orang sekeliling mula hormat diri anda seadanya,” katanya dalam InstaStory.

Intan berkata demikian bagi menjawab soalan diberikan pengikut Instagramnya yang meminta dia memberi nasihat kepada wanita muda.

Katanya, tidak salah untuk mencari ruang berseronok pada usia muda tetapi semua itu haruslah dilakukan secara berpada-pada.

“Nak berseronok, melancong dan bergembira dengan kawan-kawan, silakan.

“Namun, pastikan semuanya seimbang, jangan lupa jaga diri, maruah dan sentiasa sedar nilai sendiri,” ujarnya.

Tambahnya yang juga seorang usahawan, usia muda tidak seharusnya disia-siakan dan sebaik-baiknya diisi dengan pelbagai usaha yang boleh membanggakan diri sendiri.

“Bekerja keraslah ketika usia masih muda. Berusaha sekarang supaya dapat berterima kasih pada diri sendiri satu hari nanti.

“Insya-Allah, jika kita sentiasa melakukan kebaikan dan berada di jalan yang tepat, semuanya (kebaikan) akan kembali kepada kalian.

“Tiada yang mampu dapat melawan perasaan bangga mampu berdiri atas kaki sendiri,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

’19 Tahun Ucap Syahadah, Lebih 30 Orang Saya Dah Islamkan’

0
KUALA LUMPUR – Menyedari usianya yang kini semakin meningkat, pelakon Adam Corrie mengakui masanya lebih banyak ditumpukan untuk mengumpul bekalan menuju ke akhirat. Antara usaha...

CATEGORIES