Saturday, April 18, 2026
HomeHIBURAN‘Bersama 3 Oyen’ – Syed Saddiq Sedondon Warna Jingga ‘Sekeluarga’

‘Bersama 3 Oyen’ – Syed Saddiq Sedondon Warna Jingga ‘Sekeluarga’

PETALING JAYA – Spekulasi selebriti popular Bella Astillah menjalin hubungan istimewa dengan Syed Saddiq semakin hari semakin hangat menjadi topik bualan ramai dalam media sosial.

Terbaharu, Ahli Parlimen Muar itu mencuri perhatian apabila muncul berbusana sedondon warna jingga dengan dua anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna dalam sebuah video TikTok dimuat naik pelakon berkenaan.

Dalam video berdurasi 38 saat dengan menggunakan lagu Price Tag nyanyian Jessie J sebagai muzik latar, Bella menggelar Syed Saddiq dan dua anaknya sebagai tiga ‘oyen’ iaitu panggilan untuk kucing berwarna jingga

“Bersama 3 Oyen,” katanya ringkas.

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai memuji hubungan akrab antara Syed Saddiq dengan anak-anak Bella.

“Alahai sudah seperti sah nak jadi bapa tiri. Tak sabarnya tunggu berita gembira.

“Ini sudah macam video satu keluarga. Tolonglah halalkan hubungan cepat-cepat.

“Amboi sedondon dengan anak-anak. Ini kalau tak kahwin juga, memang menangis sampai banjir bumi,” usik netizen.

Keterujaan netizen terbukti apabila video tersebut meraih lebih 5.7 juta tontonan dan 700,000 tanda suka.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga digelar sebagai BASS masih rancak menjadi perbualan ramai dalam media sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan sedang bercinta keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES