Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITASeleweng Wang COD Sejak 2023 Untuk Main Judi

Seleweng Wang COD Sejak 2023 Untuk Main Judi

SUMATERA – Seorang penghantar barang ditahan polis selepas didapati menyeleweng wang bayaran tunai ketika penghantaran (COD) bernilai lebih 34 juta rupiah (RM10,000) di Belitung, Bangka Belitung sejak 2023.

Suspek, Wahyu Kurniawan Siregar, 26, ditahan di asrama syarikat tempatnya bekerja selepas laporan dibuat oleh syarikat yang mengalami kerugian besar akibat perbuatan tersebut.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Belitung, AKP Fatah Meilana berkata, wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada pihak syarikat setiap hari selepas urusan penghantaran selesai.

“Wang yang diseleweng adalah bayaran COD pengguna berjumlah lebih 34 juta rupiah.

“Bagaimanapun, wang itu sebenarnya tidak pernah diserahkan sejak Februari 2023,” katanya pada Isnin.

Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan wang berkenaan untuk berjudi dalam talian, sebelum melarikan diri ke luar kawasan bagi mengelak dikesan.

Fatah memaklumkan, suspek tidak melawan ketika ditahan dan mengaku menggunakan wang itu untuk bermain judi dalam talian.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Belitung untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah kesalahan pecah amanah jenayah dan pihak polis turut mengingatkan syarikat serta penghantar supaya lebih berwaspada.

Sumber -Agensi

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES