Tuesday, April 22, 2025
HomeHIBURANBanyak Kerusi Kosong, Rakan Artis Tidak Sokong Tayangan Dokumentari Anjuran Gal Gadot

Banyak Kerusi Kosong, Rakan Artis Tidak Sokong Tayangan Dokumentari Anjuran Gal Gadot

LOS ANGELES: Gara-gara tindakannya menganjurkan tayangan dokumentari berjudul Bearing Witness to October 7th Massacre, baru-baru ini, pelakon Hollywood, Gal Gadot, kehilangan sokongan daripada rakan-rakan artis.

Menerusi laporan media antarabangsa, Gal, yang sepatutnya berada pada majlis tayangan yang diadakan di sebuah Museum of Tolerance di Los Angeles, Amerika Syarikat, itu turut tidak berada di lokasi tersebut meskipun idea itu daripadanya sendiri.

Menurut laporan, Gal juga tidak mendapat sokongan daripada rakan artis yang dijemput sekali gus menyaksikan banyak kerusi kosong pada majlis tayangan perdana dokumentari tersebut.

Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah.

Pengarah dokumentari itu, Guy Nattiv memberitahu penting baginya untuk menayangkan filem tersebut bagi menunjukkan kebenaran tentang peperangan di antara Palestin dan Israel.

Pelakon yang juga bekas pengajar kecergasan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merupakan antara aktres Hollywood yang lantang bersuara mengenai Israel.

Pelakon filem Wonder Woman itu terbuka menyatakan sokongannya terhadap Israel dan berpendirian negara zionis itu berada di pihak yang benar dan menganggap Hamas adalah pengganas Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Remaja Perempuan 14 Tahun Dibaham Singa

0
NAIROBI - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut di kawasan pinggir ibu negara Kenya, selepas diserang seekor singa yang dipercayai terkeluar dari habitatnya...

CATEGORIES