Saturday, May 30, 2026
HomeHIBURANAmir Hasan Pernah Ditahan Wad Dengan Oksigen 31% Akibat GERD

Amir Hasan Pernah Ditahan Wad Dengan Oksigen 31% Akibat GERD

KUALA LUMPUR – Lama menghilang, penyanyi Amir Hasan mendedahkan kini menghidap masalah gastrik melampau dan gerd yang serius sehingga pernah dimasukkan ke hospital akibat tahap oksigen dalam badan terlalu rendah.

Amir atau Amir Abu Hasan, 29, berkata, keadaan itu memaksanya berpantang makanan dan mengikut jadual pemakanan yang ketat.

“Saya ada gastrik yang sangat teruk dan gerd sejak tahun lalu sekali gus menyebabkan saya makan dalam kuantiti yang sedikit.

“Saya juga tidak boleh makan terlalu banyak dalam satu masa.

“Contoh subuh makan sikit, pukul 10 pagi makan sikit, tengah hari makan sikit. Ada waktu-waktu makan yang perlu saya ikut,” katanya pada majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo yang diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, peserta program realiti Big Stage musim ketiga itu memaklumkan gaya hidup tidak sihat, termasuk kerap merokok, menjadi punca utama kesihatannya merosot.

“Namun, apa yang paling merisaukan saya ketika ini adalah tahap oksigen, saya terlalu stres bekerja selain kuat merokok serta vape.

“Tiga bulan lalu saya telah ditahan di wad disebabkan oksigen dalam badan hanya tinggal 31 peratus sahaja.

“Apabila oksigen tak cukup, saya rasa nak pengsan,” ujar penyanyi lagu Lelaki Biasa itu.

Disebabkan masalah kesihatan, Amir terpaksa berehat daripada menyanyi.

“Rentetan itu saya terpaksa berhenti seketika daripada menyanyi kerana ada satu persembahan saya rasa nafas tidak cukup dan hampir pitam.

“Nak kata seratus peratus berhenti menyanyi tidaklah. Menyanyi memang dalam jiwa saya, cuma buat masa sekarang saya dalam tempoh pemulihan.

“Saya akui keputusan untuk berehat menyanyi ini buat saya rasa sedih. Sekarang saya fokus kepada bisnes saya iaitu Restoran Pizzaiolo dan produk makanan tambahan yang saya keluarkan,” jelasnya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES