Saturday, October 3, 2026
HomeBERITAMINDEF Perkukuh Ketahanan Rakyat Menerusi Program Literasi Pertahanan Nasional

MINDEF Perkukuh Ketahanan Rakyat Menerusi Program Literasi Pertahanan Nasional

KOTA KINABALU – Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program Literasi Pertahanan Nasional bagi membina ketahanan rakyat melalui peningkatan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab mempertahankan keamanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam keadaan cabaran dan landskap ancaman terhadap negara yang semakin berubah, masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa pertahanan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama.

Mohamed Khaled semasa berucap pada pelancaran Program Literasi Pertahanan di SICC, Kota Kinabalu.

“Dalam keadaan cabaran dan ancaman yang berubah itu, kita dapati bahawa salah satu daripada perkara yang perlu diusahakan dalam pertahanan untuk mempertahankan negara dan untuk bangunkan kedaulatan negara ialah mesti ada ketahanan rakyat, ‘people’s resilience’.

“Mesti wujud dalam rakyat itu satu kekuatan ketahanan di kalangan mereka. Kalau ini tak ada, hanya angkatan tentera yang memainkan peranan untuk memastikan keselamatan, pertahanan dan juga kedaulatan, ia tak akan membawa satu kekuatan yang besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Program Literasi Pertahanan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.

Mohamed Khaled ketika beramah mesra dengan warga veteran ATM yang hadir pada pelancaran Program Literasi Pertahanan di SICC, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, program ini merupakan yang pertama kali diadakan, Sabah dipilih sebagai lokasi pelancarannya sebelum diteruskan ke seluruh negara.

Menurutnya lagi, program-program akan dikoordinasikan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) dengan kerjasama bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melibatkan komuniti setempat.

Mohamed Khaled berkata, literasi pertahanan penting kerana cabaran dan ancaman yang dihadapi negara kini berubah dan tidak lagi terhad kepada ancaman fizikal malah turut melibatkan ruang digital dan media sosial.

“Kita mahu masyarakat faham dengan jelas bahawa isu-isu pertahanan tidak lagi bermula dengan kehadiran musuh di sempadan atau perairan negara.

“Sebaliknya, ancaman kedaulatan berada di mana-mana. Di dalam komputer riba, di dalam telefon bimbit, di dalam platform digital, di media sosial.

“Kesemua ruang ini berisiko menjadi ancaman kedaulatan jika kita tidak matang dan berhati-hati dalam menggunakannya,” katanya.

“Jadi atas sebab itulah kita mengadakan program ini. Kita nak bangunkan ketahanan rakyat dan bila adanya ketahanan rakyat itu, maka ia akan menjadi sebagai satu ‘credible defense’, daya rintang,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya turut berkata, program tersebut bukan sekadar program rasmi MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebaliknya merupakan satu anjakan minda bahawa pertahanan negara bukan milik eksklusif warga beruniform.

Mohamed Khaled ketika menyempurnakan pelancaran Program Literasi Pertahanan di SICC, Kota Kinabalu.

Katanya, pertahanan dan kedaulatan negara perlu menjadi tanggungjawab moral yang digalas semua pihak, manakala literasi pertahanan pula merupakan kesedaran, ilmu dan kemahiran yang perlu dimiliki setiap warganegara.

Beliau berkata, masyarakat perlu memahami rasional di sebalik dasar dan keputusan berkaitan pertahanan serta menjadi warga yang cakna, rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda serta provokasi.

Beliau berkata, penglibatan masyarakat dalam pertahanan negara tidak memerlukan mereka menjadi tentera atau mengangkat senjata, sebaliknya memainkan peranan membina daya tahan dan daya rintang mengikut cara, kelebihan dan kekuatan masing-masing.

“Ini adalah lambang tanggungjawab, lambang patriotisme dan tanda terima kasih kita kepada tanah air,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES