Wednesday, July 22, 2026
HomeHIBURANALPHA Raikan Pencapaian Baharu, The First Wave Raih Lebih 1 Juta Strim

ALPHA Raikan Pencapaian Baharu, The First Wave Raih Lebih 1 Juta Strim

Kumpulan M-pop, ALPHA, meluahkan rasa syukur apabila album sulung mereka berjudul The First Wave berjaya mencatatkan lebih satu juta penstriman di platform digital.

Ariel Fesol yang mewakili ALPHA memberi penghargaan kepada para peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada perjalanan karier mereka.

“Kami dengar album kami dah capai lebih satu juta strim. Terima kasih banyak kepada korang yang dah stream dan membuatkan kami lebih bersemangat,” kata Ariel.

Menurut ALPHA, kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus memberikan yang terbaik, termasuk melakukan persiapan rapi menjelang konsert yang bakal diadakan.

“Kami dah tak sabar untuk buat persiapan konsert. Terima kasih, teruskan stream, bagi lagi ramai orang dengar The First Wave dan nanti kita sama-sama menyanyi di konsert ALPHA.

“Jumpa di sana nanti. Terima kasih banyak. Love you guys!” ujar mereka.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan sambutan memberangsangkan terhadap album The First Wave yang menampilkan pelbagai karya termasuk Dia, Mahkota Cinta, Haru Biru, Gelato dan Burn It Down.

Kejayaan melepasi angka sejuta penstriman turut menjadi satu lagi pencapaian penting buat ALPHA dalam mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik tempatan.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lima Arah Aliran Pelancongan Yang Membentuk Tahun 2026

0
KUALA LUMPUR, 21 Julai 2026 – Aktiviti pelancongan kekal menjadi keutamaan pengguna di seluruh rantau Asean, dengan para pelancong kini lebih mementingkan perancangan yang...

CATEGORIES