Thursday, July 2, 2026
HomePERNIAGAANKolaborasi Shopee, PDRM Dan KPDN Dalam Pendidikan Kepenggunaan E-Dagang Melalui Kempen Jom...

Kolaborasi Shopee, PDRM Dan KPDN Dalam Pendidikan Kepenggunaan E-Dagang Melalui Kempen Jom Beli Selamat: Klik Tanpa Risau

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited memperkukuh pembangunan ekosistem e-dagang negara yang selamat, diyakini dan progresif. Agenda ini digerakkan melalui pendekatan seluruh negara (whole-of-nation) melibatkan agensi-agensi Kerajaan dan pemain industri merangkumi penyedia platform e-dagang, perusahaan dan usahawan dalam talian dan masyarakat secara keseluruhannya.

Shopee Seller Summit 2026 dan Pelancaran Kempen Jom Beli Selamat!: Klik Tanpa Risau yang dipelopori oleh Shopee hari ini merupakan satu pendekatan strategik ke arah memperkasa pertumbuhan ekonomi digital negara. Ia merupakan citra komitmen tinggi para pemegang taruh tentang kepentingan kerjasama strategik dalam memastikan semua pihak mendapat manfaat yang optimum dalam potensi besar sektor e-dagang.

Penganjuran program ini juga merupakan manifestasi iltizam Shopee, sebagai penyedia platform e-dagang untuk memperkasa usahawan tempatan agar lebih berdaya saing dalam mendepani perkembangan ekonomi digital. Melalui pelbagai sesi perkongsian ilmu, pendedahan kepada trend semasa serta penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), pemasaran digital, pembangunan kandungan, inovasi logistik dan pengurusan operasi perniagaan, program ini menjadi wahana meningkatkan keupayaan, daya saing dan produktiviti PMKS.

Kempen Jom Beli Selamat!: Klik Tanpa Risau

Bersempena Shopee Seller Summit pada tahun ini, turut dilancarkan Kempen Jom Beli Selamat!: Klik Tanpa Risau. Inisiatif dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPDN ini merupakan strategi Shopee dalam menggerakkan agenda meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan membeli-belah secara selamat dalam talian.

Kempen ini memberi penekanan kepada usaha memperkasa pendidikan pengguna melalui penyebaran maklumat berkaitan langkah mengenal pasti taktik penipuan, amalan terbaik urus niaga dalam talian, saluran membuat aduan serta penggunaan platform yang selamat dan dipercayai. Pendekatan ini bertujuan membudayakan amalan pembelian dalam talian yang lebih selamat di samping mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan.

Pada masa yang sama, KPDN menggalakkan semua penyedia platform e- dagang untuk terus memperkukuh mekanisme perlindungan pengguna, meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan sedia ada serta memperluas kerjasama bersama agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penipuan dan salah laku dalam persekitaran digital.

Inisiatif ini juga penting untuk memperkasa keyakinan pengguna terhadap ekosistem e-dagang negara. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI bagi memperkasa ekonomi domestik, meningkatkan daya saing PMKS serta memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Langit Malam Akan Jadi 4 Kali Ganda Lebih Terang

0
PARIS – Sejumlah 1.7 juta satelit yang disasarkan syarikat-syarikat aeroangkasa  untuk dilancarkan ke orbit Bumi dalam tahun-tahun akan datang akan membawa ‘akibat buruk terhadap...

CATEGORIES