Sunday, June 14, 2026
HomeHIBURANAlif Hadi Rupanya Duda, Akui Pernah Berkahwin Pada Tahun 2011

Alif Hadi Rupanya Duda, Akui Pernah Berkahwin Pada Tahun 2011

PETALING JAYA – Pelakon Alif Hadi mengakui pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas selepas tujuh tahun berkahwin.

Memegang status duda, Alif, 36, berkata, perkahwinan tersebut dibina sekitar tahun 2011.

“Ramai orang tidak tahu perkara ini, saya berkahwin ketika usia 23 tahun. Tamat pengajian dan terus kahwin.

“Namun, sekarang orang tahulah, saya seorang duda yang mungkin terlajak laris,” katanya dalam satu temu bual podcast.

Dalam masa sama, Alif mengakui lebih tertarik kepada akan wanita yang lebih berusia daripadanya.


“Namun, saya bazirkan selama tujuh tahun itu untuk hidup dengan orang lain.

“Kita kalau hilang orang tak mengapa, jangan hilang diri sendiri. Perkara itu boleh membuatkan kita jadi gila,” ujarnya.

Terdahulu, Alif mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres, Yasmin Hani terlerai sekitar tiga bulan lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES