Saturday, May 30, 2026
HomeHIBURANAlami Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru, Adi Putra Stabil

Alami Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru, Adi Putra Stabil

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Datuk Adi Putra, 43, yang dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut isterinya, Datin Aida Yusof suaminya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah.

“Selepas mendapat rawatan sejak dimasukkan ke hospital Jumaat lepas, keadaan dia okey sedikit dan beransur pulih. Doktor dah beri ubat antibiotik. Keputusan ujian darah juga tidak menunjukkan ada masalah serius. Jadi malam tadi dia dibenarkan pulang.

“Cuma doktor berikan dia cuti lagi dua hari sebelum dia kembali semula ke set penggambaran,” katanya

Berkongsi tentang kejadian Adi dimasukkan ke hospital, kata Aida suaminya mula jatuh sakit ketika berada di set penggambaran drama untuk slot Samarinda sempena Ramadan.

“Dia telefon saya mengadu sakit ketika itu. Memang kebelakangan ini dia sangat sibuk. Berulang-alik antara Malaysia dan Mekah. Kemudian sambung semula dengan penggambaran drama. Selepas ini dia akan ke Mekah semula pada Januari nanti.

“Adi memang kuat bekerja. Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan semua kru yang terlibat,” jelasnya.

Aida turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakan industri yang tidak putus-putus menghubungi untuk bertanya tentang keadaan Adi. Antara rakan selebriti yang dilihat menziarahi Adi di hospital ialah pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.Terdahulu, Adi dimasukkan ke pusat perubatan selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan batu karang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES