Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURANAko Mustapha Dakwa Anak Dibuli Di Sekolah, Ada Kesan Pijak Di Perut

Ako Mustapha Dakwa Anak Dibuli Di Sekolah, Ada Kesan Pijak Di Perut

PETALING JAYA – Pelakon Ako Mustapha berang apabila anak lelakinya, Mikael Iskandar yang baru berusia 10 tahun mengalami kecederaan selepas didakwa dibuli di sekolah dipercayai berlaku semalam.

Menurut Ako dalam Threads, anaknya dikatakan dibuli oleh pelajar senior dan rakan sekelas dengan kesan tumbukan serta pijak pada bahagian badan.

“Hari ini sangat marah sebab anak saya Mika kena buli di sekolah oleh lima pelajar termasuk tiga pelajar senior dan rakan sekelas

“Pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan. Saya sudah buat laporan polis,” katanya.

Tambah Ako, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Mikael kepadanya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas dan pihak berwajib.

“Balik dari sekolah Mika mandi dan beritahu dia kena buli. Kemudian bila keringkan badan dia, saya perasan pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan.

“Terus saya soal siasat Mika dan dia pun cerita satu-satu. Semua gambar dan video saya ambil iaitu kesan di bahagian perut serta hantar kepada guru kelasnya,” katanya lagi.

Selepas Mikael mengadu mengalami kesakitan disebabkan hal tersebut, dia bergegas membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mikael mengadu sakit perut dada sementara isteri sudah ambil foto dan video kesan kena buli.

“Guru kelas pun dah dimaklumkan dan akan siasat untuk diambil tindakan seterusnya.

“Alhamdulillah guru kelas Mikael memberi kerjasama. Mikael ditahan di wad HKL, doakan semuanya baik-baik buat anak saya,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Adil Kerana Saya, Impian Bella Terpaksa Dikorbankan’ – Syed Saddiq

0
PETALING JAYA – Memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seni bakal isteri, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menafikan dakwaan meminta tunangnya, Bella Astillah berhenti menyanyi...

CATEGORIES