Saturday, December 6, 2025
HomeHIBURAN'Ada Aku Kesah?' - Balas Sharifah Zarina Dikecam Nyanyian Umpama 'Tercekik Dawai'

‘Ada Aku Kesah?’ – Balas Sharifah Zarina Dikecam Nyanyian Umpama ‘Tercekik Dawai’

TIADA angin tiada ribut, nama Sharifah Zarina tiba-tiba meledak dalam media sosial selepas mendendangkan lagu Dawai pada konsert Ini Baru Bintang minggu lalu.

Semuanya bermula apabila ramai berpendapat penyanyi itu gagal mendendangkan lagu milik Fadhilan Intan itu dengan baik dan dikatakan sumbang.

Tidak cukup dengan itu, nyanyiannya untuk lagu Langit Ketujuh dalam acara sama turut dikecam ramai.

“Terasa roh sudah sampai langit ketujuh apabila dengar Sharifah Zarina nyanyi lagu Dawai, mungkin tak cukup latihan.

“Mungkin juga sebab dia gemuruh dan beri kesan pada nyanyian,” komen netizen.

Sedar dirinya dihujani dengan kecaman ramai, dia bagaimanapun tidak membalas dan mengambil pendekatan enggan menghiraukan segala komen negatif tersebut.

“Ada aku kisah?” katanya ringkas dalam sebuah video bagi menjawab semua kecaman ramai.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ditipu RM5 Juta Pun Saya Tidak Marah’ – Saiful Apek

0
Pelawak dan pelakon, Saiful Apek, mengakui dirinya tergolong dalam kelompok manusia yang sukar untuk beremosi marah. Malah, dia memilih reda apabila pernah ditipu sehingga kerugian...

CATEGORIES