Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITATiada Rakyat Malaysia Dilapor Terjejas Susulan Amaran Tsunami di Jepun

Tiada Rakyat Malaysia Dilapor Terjejas Susulan Amaran Tsunami di Jepun

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan tiada laporan rakyat Malaysia yang terjejas susulan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak berkenaan memantau rapat situasi itu selepas amaran tersebut dikeluarkan ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran Semenanjung Kamchatka, Rusia kira-kira pukul 8.25 pagi waktu tempatan.

Katanya, gelombang tsunami setinggi antara satu hingga tiga meter dijangka melanda beberapa kawasan pantai yang menghadap Lautan Pasifik termasuk timur Hokkaido, Semenanjung Boso, Kepulauan Ogasawara, sebahagian wilayah Shizuoka, Semenanjung Kii serta Prefektur Miyazaki.

“Semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada, mengikuti arahan keselamatan daripada pihak berkuasa tempatan serta mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dari semasa ke semasa.

“Warga Malaysia turut digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan dan kekal berhubung bagi memastikan bantuan sewajarnya dapat diberikan dengan segera jika diperlukan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo melalui talian +81 3 3476 3840 atau nombor kecemasan +81 80 4322 3366. Pertanyaan juga boleh dikemukakan menerusi e-mel di alamat: mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES