Thursday, October 1, 2026
HomeBERITATangan Melecur, Kediaman Warga Emas Terbakar

Tangan Melecur, Kediaman Warga Emas Terbakar

SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas mengalami kecederaan melecur pada tangan dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Permatang Manggis, Kepala Batas di sini terbakar, pagi tadi.

Mangsa, Siti Zaleha Osman, 71, bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.26 pagi.

Menurutnya, operasi pemadaman api melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan bantuan BBP Bertam dan BBP Tasek Gelugor.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman jenis separa kekal (kelas B) dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 90 peratus.

“Kebakaran juga turut melibatkan sebuah van jenis Toyota Lite Ace dengan anggaran peratusan kebakaran sebanyak 20 peratus.

“Terdapat seorang mangsa yang dilaporkan mengalami melecur satu peratus pada bahagian tangan dan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas dengan menaiki kenderaan ambulans pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)bagi menerima rawatan,” katanya di sini, pagi ini.

Beliau memberitahu lagi, kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.

Sumber -KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kejadian Mistik Menimpa Keluarga, Saya Trauma – Meerqeen

0
SIAPA sangka, pelakon, Meerqeen, mempunyai sebab peribadi untuk akhirnya terlibat dalam naskhah horor, unsur sihir dan supernatural dalam siri Dia Perempuan Sialan.Bahkan sebelum ini,...

CATEGORIES