Tuesday, May 19, 2026
HomeBERITATanah Jerlus Masjid India, Masih Tiada Tubuh Manusia Dijumpai

Tanah Jerlus Masjid India, Masih Tiada Tubuh Manusia Dijumpai

KUALA LUMPUR – Loji kumbahan di Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam merupakan destinasi terakhir saluran pembetung yang disyaki terdapat mangsa tanah jerlus di Masjid India, di sini.

Ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil berkata, jarak antara lokasi kejadian dengan destinasi terakhir ini adalah sejauh 7 kilometer.

“Saya diberi taklimat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan IWK mengenai pencarian yang masih diteruskan.

“Loji kumbahan ini melibatkan loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang mana kedua-dua fasiliti ini menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta penduduk di Kuala Lumpur.

“Difahamkan, semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di IWK Pantai Dalam, di sini.

Tambah beliau, dedikasi serta usaha dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dilihat lengkap dan rapi termasuk dari sudut teknikal di kedua-dua lokasi.

Kata Fahmi, kehadirannya ke lokasi turut melihat sudut kebajikan pasukan SAR dan akan membantu sebaik boleh sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

“Keseluruhan sisa kumbahan warga Kuala Lumpur dipisahkan yang mana 0.4 juta diuruskan di Pantai 1 manakala 1.4 juta lagi diuruskan Pantai 2. Setakat ini tiada tubuh manusia dilihat di lokasi,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus berhampiran Masjid India, di sini. – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Niat Mahu Sampaikan Ke...

0
Personaliti media sosial dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannnya mencampakkan coklat ke laut mengundang kecaman...

CATEGORIES