Friday, April 18, 2025
HomeBERITATaman Botani Negara Mahu Jual Rusa, Kuda, Itik Sebelum Dilupuskan

Taman Botani Negara Mahu Jual Rusa, Kuda, Itik Sebelum Dilupuskan

Shah Alam: Rusa Timorensis, kuda Sembawa, antara haiwan yang akan dijual oleh Taman Botani Negara, Shah Alam (TBNSA) bermula esok sehingga Rabu minggu depan.

Pengarahnya, Siti Zubaidah Mohamad berkata, TBNSA melaksanakan jualan itu bagi tujuan pelupusan haiwan membabitkan 41 rusa Timorensis, enam kuda Sembawa, seekor kerbau, 13 itik serati serta 18 arnab.

“Haiwan akan dijual tertakluk kepada harga jualan. Pembeli yang berminat hendaklah menjelaskan bayaran penuh pada hari pembelian haiwan.

“Haiwan hendaklah diambil pada hari pembelian (setelah pembayaran penuh dijelaskan).

“Pembayaran harga hendaklah dalam bentuk Tunai / Draf Bank sahaja atas nama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Pembelian tanpa pembayaran tidak akan dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi TBNSA.

Siti Zubaibah berkata, semua haiwan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).

“Semua perbelanjaan berkaitan pembelian haiwan seperti kos mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

“TBNSA tidak akan bertanggungjawab ke atas haiwan yang sudah dijual,” katanya.

Justeru itu katanya, syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli haiwan berkenaan dipelawa berbuat demikian dengan menghubungi pihaknya untuk janji temu.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kahwin Wanita Tempatan, Peniaga Warga Asing Raih RM55,000 Sebulan

0
KUALA LUMPUR – Kegiatan seorang peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah terbongkar dalam...

CATEGORIES