Monday, April 27, 2026
HomeBERITASiling Skybridge KLIA 2 Runtuh Akibat Cuaca Buruk

Siling Skybridge KLIA 2 Runtuh Akibat Cuaca Buruk

SEPANG- Sebahagian siling Skybridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dilaporkan runtuh tadi ekoran cuaca buruk yang berlaku di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Kerja membaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan berkenaan ditutup hingga kerja pembaikkan serta pemeriksaan keselamatan selesai.

“Sila elak kawasan ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport Care kami,” kata MAHB menerusi ciapan di aplikasi X tadi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Diam Mungkin Penat, Bukan Sombong – Ezzanie Jasny

0
PETALING JAYA – Selepas kecoh pelakon Mira Filzah dicop sombong oleh peminat, kini dakwaan serupa beralih pula kepada pelakon, Ezzanie Jasny. Menepis tuduhan yang dirasakan...

CATEGORIES