Thursday, June 4, 2026
HomeBERITALaungan Takbir Gegar Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Laungan Takbir Gegar Himpunan Malaysia Bersama Palestin

BUKIT JALIL – Hampir 15,000 orang membanjiri Axiata Arena sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Perhimpunan tersebut dipenuhi peserta berpakaian serba putih yang hadir sejak pukul 5.30 petang bagi menunjukkan sokongan masing-masing terhadap Palestin yang sedang dizalimi rejim Zionis..

Sepanjang malam, himpunan tersebut turut digemakan dengan laungan takbir serta ‘bebaskan Palestin’, ‘hancur Israel’ dan ‘Israel Cuak’.

Turut hadir dalam himpunan malam ini ialah Menteri Pertanian Keterja­minan Makanan, Datuk Seri Mo­hamad Sabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.

Majlis turut digamatkan dengan persembahan oleh artis terkenal seperti Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kejutan Hari Jadi, Izzue Islam Terima Nissan GT-R R35

0
PETALING JAYA – Diraikan sempena ulang tahun kelahiran ke-36, penyanyi dan pelakon Izzue Islam menerima hadiah Nissan GT-R R35 daripada isterinya, Awin Nurin, semalam. Kejutan...

CATEGORIES