Sunday, May 31, 2026
HomeBERITASebuah Lagi Kilang Proses Ayam Diarah Henti Operasi

Sebuah Lagi Kilang Proses Ayam Diarah Henti Operasi

Kulim: Sebuah lagi kilang memproses ayam di daerah ini diarah menghentikan operasi serta-merta kerana kegagalan membina Sistem Rawatan Efluen Industri bagi merawat air sisa sembelihan ayam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di kilang di Taman Industri Waja, dekat ini itu mendapati, premis memproses ayam terbabit mengalirkan air sisa buangan tanpa sebarang rawatan.

Beliau berkata, premis itu dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Ini berikutan tindakan yang gagal mengadakan Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian di dalam premis sewaktu aktiviti memproses ayam mentah.

“Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku.

Sharifah Zakiah berkata, Notis Arahan Seksyen 31 dan 37 juga dikeluarkan kepada premis untuk tindakan dalam tempoh POK terbabit.

Beliau berkata, premis akan dibenarkan beroperasi kembali selepas pihaknya berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang diambil oleh premis.

“Pihak industri diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling.

“Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” katanya.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES