Thursday, June 25, 2026
HomeBERITARibut Petir dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Seluruh Negara Pagi Ini

Ribut Petir dan Hujan Lebat Dijangka Melanda Seluruh Negara Pagi Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir keseluruh negara sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.
“Bagi Perak pula, keadaan yang sama dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk turut berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Wilayah Selatan negara turut terjejas dengan hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).

“Kawasan Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) di Sarawak juga turut sama mengalami cuaca buruk pagi ini,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES