Saturday, April 25, 2026
HomeBERITAPolis Siasat Budak 12 Tahun Pandu Kereta

Polis Siasat Budak 12 Tahun Pandu Kereta

SEPANG – Siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong turut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini, polis turut menyiasat kes itu di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Setakat ini tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun itu telah direkod keterangan.

“Siasatan masih dijalankan dan ada beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan satu rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Ahad lalu.

Susulan itu, polis telah mengenal pasti pemilik kereta terbabit sebelum tampil ke IPD Sepang kira-kira jam 11 malam pada Isnin.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kutipan Hasil 2025 Cecah RM203.991 Bilion

0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah apabila pertama kalinya melepasi paras RM200 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

CATEGORIES