Monday, May 25, 2026
HomeBERITAPolis Buru Suspek Aksi Lucah Dalam Kedai

Polis Buru Suspek Aksi Lucah Dalam Kedai

Sungai Buloh: Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di sebuah kedai di Subang Bestari, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 1.24 tengah hari daripada remaja perempuan berusia 18 tahun.

Menurutnya, semasa remaja terbabit bersama rakannya berada di kedai itu, suspek masuk dan duduk di meja berhadapan dengan mereka.

Katanya, suspek bertindak membuka zip seluar dan membuat aksi lucah di hadapan remaja itu dan rakannya.

“Akibat daripada kejadian itu, remaja itu dan rakannya keluar dari premis terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan atau boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat, Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES