Monday, June 8, 2026
HomeBERITAPersiapan Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah lancar

Persiapan Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah lancar

KUALA LUMPUR – Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini berjalan lancar.

Tinjauan Bernama di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.

Pengamal media daripada pelbagai agensi turut berkumpul seawal 7.30 pagi untuk membuat liputan Istiadat Pengebumian bekas Perdana Menteri itu.

Pintu masuk utama ke Makam Pahlawan turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran upacara pengebumian.

Anggota Tentera Diraja Malaysia turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ingatlah, Jawatan Itu Cuma Sementara’ – Rita Rudaini

0
PETALING JAYA – Sudah terpesong daripada tugas hakiki, pelakon Rita Rudaini menyifatkan ramai pemimpin kini bagaikan terlalu taksub terhadap jawatan sehingga lupa makna sebenar...

CATEGORIES