Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAPeralatan Sekolah Murah Sempena Program Jualan Rahmah Madani

Peralatan Sekolah Murah Sempena Program Jualan Rahmah Madani

PETALING JAYA – Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat melalui pelaksanaan secara dalam dan luar premis bagi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back To School 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, program tersebut bermula sejak 18 Januari sehingga 16 Februari ini iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.

“Pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus, lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Terdapat 45 sehingga 70 unit penyimpanan stok ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat semalam, sebanyak 101 siri PJRM Back to School tela dilaksanakan daripada 243 jumlah keseluruhan yang disasarkan dalam tempoh pelaksanaan program ini.

“Sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2025, peruntukan pelaksanaan program-program di bawah inisiatif Payung Rahmah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM300 juta, iaitu penambahan RM100 juta berbanding tahun 2024.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperkasa pelaksanaan program di bawah inisiatif ini termasuk penambahbaikan dan peluasan kaedah dan golongan sasar bagi PJRM sedia ada,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualan rahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Back to School yang akan dianjurkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES