Tuesday, April 14, 2026
HomeBERITAPenurunan RON95 RM1.99 Seliter Demi Melindungi Kepentingan Rakyat - PMX

Penurunan RON95 RM1.99 Seliter Demi Melindungi Kepentingan Rakyat – PMX

SHAH ALAM – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia sahaja dilihat sebagai langkah berani kerajaan dalam menguruskan subsidi bersasar dan melindungi kepentingan rakyat.

Langkah itu sekali gus menamatkan persoalan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar bahan api yang telah dibincangkan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Anwar, harga berkenaan tidak akan dinikmati oleh warga asing termasuk pelancong, pekerja asing dan mereka yang memandu masuk dari negara jiran seperti Singapura.

Pendekatan baharu itu bertujuan mengekang kebocoran subsidi yang selama ini turut dinikmati warga asing.

Ketegasan kerajaan bahawa subsidi hanya untuk rakyat Malaysia sejajar dengan prinsip keadilan fiskal dan kebertanggungjawaban dalam perbelanjaan negara, namun langkah itu turut menuntut kesiapsiagaan daripada rakyat.

Golongan pengguna disaran supaya lebih bijak merancang perjalanan dan mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan bagi menjimatkan kos harian serta mengoptimumkan manfaat subsidi dinyatakan.

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan bantuan tunai RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Meskipun jumlahnya dilihat kecil, ia adalah langkah awal untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan ahli politik diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu subsidi bersasar.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sayang Anak Remaja Berpada-Pada, Jangan Kecewa Nanti’

0
PETALING JAYA – Bersandarkan pengalaman, pelakon sensasi Abby Abadi berkongsi beberapa kesilapan dalam mendidik serta membesarkan anak yang sedang meningkat remaja. Pada masa sama, Abby...

CATEGORIES