Saturday, June 27, 2026
HomeBERITAPenunggang Motosikal Maut Bertembung Treler Di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Treler Di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan treler di Kilometer (KM) 46 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal jenis Yamaha Ego Gear lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Situasi itu menyebabkan mangsa bertembung dengan treler yang sedang bergerak di lorong kanan menghala ke Kuantan dan akibat dari perlanggaran tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 27 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES