Tuesday, September 22, 2026
HomeBERITAPemandu, 2 Penumpang Cedera Nahas Bas Ekspres Terbalik

Pemandu, 2 Penumpang Cedera Nahas Bas Ekspres Terbalik

KUALA KRAI – Pemandu dan 14 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan yang mereka naiki terbalik berhampiran Kampung Batu Balai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, tiga penumpang termasuk pemandu bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu itu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian dan Kuala Krai bergegas ke lokasi.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah bas ekspres berada dalam keadaan terbalik selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang berada di dalam bas adalah seramai 15 orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu.

“Seramai tiga mangsa termasuk pemandu bersama dua penumpang masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan. 11 lagi penumpang lelaki termasuk pembantu pemandu tidak cedera,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ahmad memberitahu, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari bas itu dan operasi tamat kira-kira pukul 6.35 pagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

0
NAGOYA - Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan...

CATEGORIES