Wednesday, May 20, 2026
HomeBERITAPavillion Kuala Lumpur Mohon Maaf Pokok Krismis Tumbang Hempap Pelanggan

Pavillion Kuala Lumpur Mohon Maaf Pokok Krismis Tumbang Hempap Pelanggan

PETALING JAYA – Pavilion Kuala Lumpur memohon maaf atas insiden pokok Krismas terjatuh lalu menghempap seorang pelanggan yang berlaku di pusat beli belah tersebut, tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan Kosmo, menurut sebuah kenyataan, hiasan pokok Krismas tersebut telah ditanggalkan untuk mengelakkan sebarang kejadian sama daripada berulang lagi pada masa hadapan.

“Sewaktu kejadian, pihak kami memberikan respons secepat mungkin. Pelanggan tersebut juga telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Disebabkan insiden tersebut, mangsa mengalami luka ringan. Kami masih lagi berhubung dengan keluarga mangsa untuk memastikan kesihatannya terus terjaga,” katanya.

Tambah Pavilion Kuala Lumpur, pihaknya juga telah menjalankan pemeriksaan teliti pada semua hiasan Krismas sedia ada.

“Kami berharap semua pengunjung tidak akan risau. Kami memastikan keselamatan semua tetap terjaga di musim perayaan ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga Singapura dihempap hiasan pokok Krismas sewaktu bergambar bersama isteri dan anaknya di pusat beli-belah tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Autotune’ Bukan Mencacatkan Tetapi Mencantikkan – Kmy Kimo

0
PETALING JAYA: Ketika penggunaan teknik pelarasan suara, ‘autotune’ masih diperdebatkan dalam industri muzik, penyanyi dan komposer, Kmy Kmo berpendapat bahawa teknik tersebut memainkan peranan...

CATEGORIES