Wednesday, November 19, 2025
HomeBERITAPantai Timur Berdepan Hujan Sangat Lebat Sepanjang Hari Ini

Pantai Timur Berdepan Hujan Sangat Lebat Sepanjang Hari Ini

PETALING JAYA – Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat sepanjang hari ini dan berada dalam kategori bahaya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, semua daerah di Kelantan dan Terengganu berdepan cuaca buruk itu sekali gus menjadikan situasi banjir lebih teruk.

“Di Pahang, Jerantut dan Kuantan disenaraikan sebagai kawasan berisiko alami hujan sangat lebat secara berterusan,” jelasnya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amatan hujan beterusan tahap buruk di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin).

“Amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) serta Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera).

“Turut berada dalam senarai adalah Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi) serta Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dah Dua Bulan Tak Jumpa, Anak Perlukan Ayah Dan Ibunya’ –...

0
KUALA LUMPUR – Setia dengan pendirian, pelakon Kamal Adli tetap mahu mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose. Sejak pergolakan rumah tangga, Kamal atau nama...

CATEGORIES