Hari ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Melaka menuju negeri pintar. Di hadapan Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, MCMC dan Kerajaan Negeri Melaka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi merealisasikan Inisiatif Bandar Pintar Melaka selari dengan Blueprint Melaka Pintar 2035.

Melalui kerjasama ini, Melaka bakal diperkasakan dengan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, rangkaian gentian optik masa hadapan, pemasangan smart pole, serta pengukuhan keselamatan awam, pengurusan trafik dan pelancongan melalui Network Operation & Command Centre.
Semua usaha ini membawa satu matlamat besar bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan digital yang lebih cekap, trafik yang lebih lancar, risiko bencana yang lebih rendah, dan peluang ekonomi digital yang berkembang untuk pelancongan, peruncitan, logistik serta PKS.
#MCMC
#KementerianKomunikasi





