Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITAMBJB Tawar Diskaun Kompaun Hingga 80 Peratus Sempena Hari Kebangsaan

MBJB Tawar Diskaun Kompaun Hingga 80 Peratus Sempena Hari Kebangsaan

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menawarkan pengurangan hingga 80 peratus bagi kompaun kesalahan lalu lintas dan tempat letak kereta kepada warga bandar raya ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

MBJB dalam kenyataan berkata, tawaran bermula 15 hingga 31 Ogos ini dilaksanakan sebagai galakan kepada orang ramai menyelesaikan kompaun tertunggak.

“Diskaun 80 peratus ini membabitkan kompaun yang dikeluarkan dari 2016 hingga Disember 2024.

“Bagi kompaun yang dikeluarkan sepanjang 2025 pula, pengurangan masih ditawarkan mengikut kadar tetap MBJB, iaitu sebanyak 60 peratus,” kata kenyataan itu hari ini.

Bayaran kompaun boleh dibuat melalui pelbagai saluran termasuk aplikasi MBJBSpot, kaunter MBJB, kios pembayaran MBJB, aplikasi e-Khidmat dan portal PBTPay.

Sehubungan itu, warga bandar raya ini dinasihatkan memanfaatkan peluang ini untuk melunaskan sebarang kompaun tertunggak sebelum tempoh promosi tamat.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sekatan Pelabuhan Iran: AS Arah 28 Kapal Berpatah Balik

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 28 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sejak permulaan sekatan ke atas kapal yang memasuki...

CATEGORIES