Thursday, October 1, 2026
HomeBERITAMati Disambar ‘Penunggu’ Tali Air

Mati Disambar ‘Penunggu’ Tali Air

JAKARTA – Seorang lelaki mati dibaham buaya ketika menyeberangi tali air bersama rakannya dalam kejadian di Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Tali Air PT Bakrie Pasaman Plantation dekat daerah Kota Balingka Selasa lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Depi Parizi, 45, diserang ketika berenang sebelum badannya ditarik ke dalam air lalu hilang.

Ketua Pos SAR Pasaman, Novi Yurandi berkata, rakan mangsa cuba menarik tangannya untuk keluar dari air tetapi gagal.

“Mayat Depi ditemukan sehari selepas kejadian dengan menggunakan pelbagai peralatan yang ada.

“Kami menemui mayat kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilihat kali terakhir.

“Mayat itu dibawa ke Pusat Kesihatan Ujung Gading sebelum diserahkan kepada keluarganya,” tambah Yurandi.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sukan Asia: Malaysia Rentap Ego Thailand

0
PETALING JAYA – Penantian 36 tahun akhirnya berakhir apabila skuad sepak takraw negara menumbangkan musuh tradisi, Thailand 2-0 untuk merampas pingat emas acara regu...

CATEGORIES