Monday, September 21, 2026
HomeBERITAMangsa Banjir Kelantan, Terengganu Meningkat 1,579 Orang

Mangsa Banjir Kelantan, Terengganu Meningkat 1,579 Orang

PETALING JAYA – Seramai 1,579 mangsa banjir terdiri daripada 459 keluarga direkodkan pada pagi ini, meningkat berbanding malam semalam yang mencatatkan seramai 1,261 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 912 mangsa banjir daripada 278 keluarga direkodkan di Kelantan.

Kesemua mangsa ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Bagi Terengganu pula, seramai 673 mangsa daripada 182 keluarga ditempatkan di 18 PPS di Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

“Sebanyak 38 PPS dibuka setakat pagi ini,” menurut maklumat tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terima Kasih Gelakkan Saya, Kata Saya Cakap Besar’ – Evertts Gomes

0
MASIH hijau di lapangan seni, Evertts Gomes kini semakin kukuh membina momentum tersendiri. Bagi pemilik nama lengkap Evertts McClane Gomes itu, perjalanan seni yang baru...

CATEGORIES