Thursday, September 17, 2026
HomeBERITAMalaysia Lanjut Pengecualian Visa Warga India Hingga 2026

Malaysia Lanjut Pengecualian Visa Warga India Hingga 2026

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa selama 30 hari kepada warganegara India sehingga 31 Disember 2026.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman berkata, keputusan ini selari dengan persiapan pempengerusian ASEAN 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Jelasnya, sebelum ini, pelanjutan pengecualian visa yang sama telah diberikan kepada warganegara China dengan tarikh akhir yang sama.

“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara.

“Salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa ini ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara Republik Rakyat China dan India berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk Republik Rakyat China dan 31 Disember 2024 untuk India,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES