Friday, November 27, 2026
HomeBERITAMalaysia-China Sepakat Tingkat Kerjasama Strategik Serantau

Malaysia-China Sepakat Tingkat Kerjasama Strategik Serantau

Dalam sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN 2045, saya telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri China Li Qiang, dan menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.

Kami senada untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Kuala Lumpur ini.

Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global, yang secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN.

Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jalin Kerjasama Dengan Jakel, Shafiq Shaheen Mahu Kongsi Rezeki Bersama Pusat...

0
Usahawan, Shafiq Shaheen menyorot perhatian apabila menjadi salah seorang wajah baharu bagi mempromosikan jenama tekstil terkenal, Jakel. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Jakel dan Shafiq,...

CATEGORIES