Sunday, June 14, 2026
HomeBERITAASEAN Lancar Visi 2045: Langkah Kukuh Menuju Integrasi Politik, Ekonomi dan Sosial

ASEAN Lancar Visi 2045: Langkah Kukuh Menuju Integrasi Politik, Ekonomi dan Sosial

Kuala Lumpur: Pelancaran Visi Komuniti ASEAN 2045 melalui Deklarasi Kuala Lumpur menjadi peta hala tuju komprehensif dua dekad bagi melahirkan komuniti berdaya tahan, inovatif dan dinamik rantau ini. 

Sebagai peneraju, peluang itu memberi manfaat kepada negara dari segi ekonomi dan diplomatik sekaligus membolehkan rakyat menikmati pembangunan inklusif, mampan serta berdaya saing.

Visi ini dipandu oleh tiga prinsip utama membabitkan keamanan dalam memastikan kestabilan politik dan keselamatan serantau.

Kedua, meliputi kemakmuran dengan meningkatkan kesejahteraan ekonomi melalui kerjasama strategik.

Bagi yang ketiga, visi itu menekankan kepentingan rakyat dengan menekankan inklusiviti dan pembangunan mampan.

Selain itu, empat pelan strategik utama turut digariskan meliputi Politik-Keselamatan, Ekonomi, Sosio-Budaya dan Kesalinghubungan.

Bagi pelan Politik-Keselamatan, ia merangkumi strategi memperkukuh kerjasama dalam isu-isu keselamatan serantau.

Manakala, bagi Ekonomi pula menumpukan peningkatkan integrasi ekonomi dan daya saing serantau.

Berbeza pula dengan pelan strategik nagi Sosio-Budaya, ia memberi keutamaan terhadap kekuatan dan kesalingan budaya serta sosial antara negara anggota.

Akhir sekali, pembangunan infrastruktur dan jaringan komunikasi yang lebih baik digariskan dalam inti pati Kesalinghubungan. 

Visi Komuniti ASEAN 2045 telah dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 Mei 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Pelancaran rasmi ini dilakukan melalui Deklarasi Kuala Lumpur, yang menetapkan hala tuju strategik ASEAN untuk dua dekad akan datang. 

Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, memainkan peranan utama dalam memimpin dan memfasilitasi proses penyusunan visi ini bersama negara-negara anggota ASEAN.

Malaysia akan memimpin inisiatif seperti Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN dan Strategi Pelaburan Hijau untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan menarik pelaburan mampan. 

Kepengerusian ini juga membuka peluang untuk memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat serantau dan global melalui peningkatan perdagangan, pelaburan, dan kerjasama strategik.

ASEAN memilih tempoh 20 tahun untuk Visi Komuniti ASEAN 2045 bagi memastikan perancangan yang lebih menyeluruh dan berdaya tahan, selaras dengan perubahan dinamik geopolitik dan ekonomi global.

Dengan pendekatan jangka panjang ini, ASEAN berhasrat untuk menjadi komuniti yang lebih berdaya tahan, relevan, dan berpusatkan rakyat menjelang 2045.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES