Monday, March 16, 2026
HomeBERITAMahkamah Persekutuan Kembalikan Perkataan 'Menyinggung', 'Menjengkelkan' Dalam AKM, Tidak Bercanggah Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan Kembalikan Perkataan ‘Menyinggung’, ‘Menjengkelkan’ Dalam AKM, Tidak Bercanggah Perlembagaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan perkataan ‘menyinggung’ dan ‘menjengkelkan’ ke dalam peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) selepas memutuskan kedua-duanya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen berkenaan menjadikan sebagai suatu kesalahan jenayah, apa-apa komunikasi dalam talian yang bersifat ‘lucah, tidak sopan, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan’ dengan niat untuk mengganggu, mendera, mengugut atau mengacau orang lain.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan sebahagian rayuan Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan kedua-dua perkataan berkenaan dalam seksyen terbabit sebelum ini.

Turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah Rayuan tahun lalu memutuskan perkataan “menghina “dan “menjengkelkan” dalam Seksyen 233 AKM tidak berperlembagaan dan membatalkannya selepas membenarkan rayuan aktivis, Heidy Quah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya pada tahun 2023.

Quah mempertikaikan penggunaan istilah berkenaan yang didakwanya bercanggah dengan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES