Thursday, March 12, 2026
HomeBERITA'Lori Langgar Trak FRU Bawa Muatan Batu Kerikil Melebihi Had Ditetapkan'

‘Lori Langgar Trak FRU Bawa Muatan Batu Kerikil Melebihi Had Ditetapkan’

KUALA LUMPUR: Lori membawa batu kerikil yang terbabit dalam nahas membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pada 13 Mei lalu, disahkan membawa muatan 70.67 peratus melebihi had dibenarkan.

Laporan awal nahas yang diterbitkan Kementerian Pengangkutan hari ini, mendedahkan lori terbabit membawa muatan dengan kapasiti Berat Dengan Muatan (BDM) sehingga 40,960 kilogram (kg).

Katanya, BDM lori terbabit melebihi had dibenarkan iaitu 24,000kg, sekali gus menyalahi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah 89 Kenderaan Bermotor.

“Pengurusan tenaga kinetik kenderaan adalah kritikal dalam keselamatan jalan raya. Sebagai contoh, lori dengan BDM 24,000kg pada kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) menghasilkan tenaga kinetik sekitar 833 kilojoule (kJ).

“Lori BDM 40,960kg pada kelajuan sama turut menghasilkan 1,422 kJ iaitu hampir dua kali ganda. Berat dan kelajuan lebih tinggi meningkatkan impak kemalangan serta risiko kecederaan serius,” katanya.

Pada 13 Mei lalu, trak FRU membawa 18 anggota daripada Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa batu kira-kira jam 8.50 pagi.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, selain sembilan lagi cedera.

Kenderaan FRU itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami sebelum dilanggar lori terbabit.

Mengenai analisis kinematik dan kelajuan lori, laporan itu berkata, formula diaplikasikan secara iteratif, bermula fasa berhenti (kelajuan sifar) ke belakang sehingga ke titik kesan brek pertama.

“Pekali geseran ditetapkan mengikut jenis interaksi iaitu 0.7 hingga 0.8 bagi tayar mengunci, manakala 0.35 hingga 0.65 bagi geseran logam-jalan atau tanah dan segmen bergolek (0.01).

“Melalui pengiraan ke belakang ini, kelajuan minimum lori sejurus sebelum kesan brek pertama dianggarkan antara 63 km/j hingga 70 km/j,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES