Saturday, June 13, 2026
HomeBERITALelaki OKU Hilang 3 Hari, Akhirnya Ditemui Selamat!

Lelaki OKU Hilang 3 Hari, Akhirnya Ditemui Selamat!

Kuala Krai: Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di kawasan hutan di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Pas, dekat Lata Pungil, Selasa lalu, ditemukan selamat, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa, Azhar Abdul Rashid, 50, ditemukan ketika berjalan kaki di ladang sawit Bukit Chengal oleh penduduk pada 8.14 malam.

Katanya, mangsa ditemukan tidak berpakaian, serta dalam keadaan lesu dan kelaparan disebabkan dua hari tidak makan.

“Mangsa yang tidak mengalami kecederaan diberikan pakaian dan juga makanan oleh penduduk sebelum menunggu pasukan penyelamat datang mengambilnya.

“Selepas itu, kami menyerahkannya kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri hilang semasa keluar memetik buah dokong bersama rakannya di Sungai Pas, sejak tiga hari lalu.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES