Monday, August 17, 2026
HomeBERITAKumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci

SEPANG – Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia telah berlepas ke Tanah Suci, awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada jemaah yang berlepas dari stesen Alor Setar di Kedah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor.

Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1 ke Madinah itu berlepas sekitar pukul 4.05 pagi tadi dengan pesawat Malaysia Airlines MH 8050.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 7.50 pagi waktu Arab Saudi pada hari yang sama.

Majlis pelepasan jemaah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Mohd. Na’im ketika ditemui berkata, beliau mengingatkan semua jemaah haji Malaysia musim ini untuk mengekalkan tradisi dan imej baik negara di mata dunia.

“Semua jemaah haji perlulah mematuhi dan menghormati peraturan serta undang-undang Kerajaan Arab Saudi dengan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi terutama Kementerian Haji dan Umrah kerana meneruskan inisiatif ‘Makkah Route’ buat tahun ketujuh pelaksanaannya.

Di samping itu, Malaysia juga terpilih sebagai negara pertama di dunia yang mengagihkan kad Nusuk kepada para jemaah haji di dalam negara sendiri untuk musim haji kali ini.

“Semua jemaah dinasihatkan sentiasa bawa kad Nusuk bersama ketika ingin menunaikan apa-apa rukun haji kerana ia adalah kad pengenalan rasmi yang diper­kenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi ketika berada di Tanah Suci.

“Kalau katakan jemaah nak masuk ke Arafah, Mina, Masjid Al-Haram atau Masjid Al-Nabawi, tanpa ada kad ini mereka tak boleh masuk,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Bakal Fail Cerai, 7 Bulan Tidak Bertemu Suami – Julia...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Julia Farhana Marin bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum selepas hampir setahun melalui kemelut rumah...

CATEGORIES