Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITAKPT Sedia Salur Bantuan Susulan Tragedi 15 Pelajar UPSI Maut Kemalangan

KPT Sedia Salur Bantuan Susulan Tragedi 15 Pelajar UPSI Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan susulan tragedi kemalangan bas yang setakat ini mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Salam takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut membabitkan warga UPSI awal pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebook pagi ini.

Terdahulu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Jeli – Grik berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Seramai 13 pelajar itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa maut di Hospital Grik.

Kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi tadi turut membabitkan sebuah kereta.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES