Thursday, March 12, 2026
HomeBERITAKhaled Sempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan

Khaled Sempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan 2024 di Dataran Wisma Pertahanan di sini, pagi tadi.

Mohamed Khaled berkata sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan bukan sekadar tarikh dalam lipatan sejarah dengn kita menjayakannya dengan mengibar bendera serta memperingati perjuangan lampau, sebaliknya ia lebih daripada itu.

“Ia adalah hari yang kita sambut dengan memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada kita semua.

“Kita semua perlu berusaha untuk memberi makna dan pengertian yang terbaik kepada sebuah kemerdekaan dan sebuah negara yang bangga akan nilai-nilai kebangsaannya,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Mohamed Khaled turut berkongsi beberapa perkara yang wajar dilakukan rakyat Malaysia ketika menyambut Bulan Kemerdekaan.

“Saya percaya sebagai sebuah negara merdeka, kita mewarnai kemerdekaan itu dengan kita membangunkan keunikan negara dan karakter bangsa yang tersendiri dengan kita dapat lihat rakyat yang berbilang kaum.

“Kita dapat lihat bagaimana kita dapat mengurus kepelbagaian tersebut. Kita merupakan sebuah negara dan bangsa yang mengamalkan dan memiliki nilai-nilai yang unggul, nilai-nilai yang kita angkat sebagai sebuah negara dan juga sebagai satu bangsa,” katanya.

Beliau berkata apabila bercakap mengenai Hari Kemerdekaan, ia tidak terlepas untuk ramai berbicara mengenai soal sebuah negara yang selamat dan berdaulat.

Justeru itu katanya, secara tidak langsung ia juga merupakan peranan dan tanggungjawab pihaknya yang berada di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan juga di Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita akan pastikan negara ini terus kekal selamat serta juga berdaulat dan kita semua akan pikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan semangat kebertanggungjawaban yang tinggi,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Mohamed Khaled turut melepaskan perarakan aset kenderaan ATM dan MINDEFF serta mengadakan lawatan ke sudut khas pameran Kemerdekaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES