Thursday, April 30, 2026
HomeBERITASebanyak 28 Peratus Peningkatan Jangkitan Covid-19 Sejak Minggu Lalu

Sebanyak 28 Peratus Peningkatan Jangkitan Covid-19 Sejak Minggu Lalu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,305 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) iaitu dari 12 hingga 18 November lalu.

KKM dalam kenyataannya, berkata peratusan kes COVID-19 dilaporkan pada ME 46/2023 meningkat sebanyak 28 peratus, berbanding 1,801 kes pada ME 45/2023 atau dari 5 hingga 11 November lalu.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19, termasuk mereka yang disyaki positif jangkitan itu ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023.

ME 46/2023 juga menunjukkan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula sebanyak 0.7 peratus, lapor Berita Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES