Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITAKerajaan Salur Peruntukan RM100,000 Kepada Peserta Program RXZ Members 7.0

Kerajaan Salur Peruntukan RM100,000 Kepada Peserta Program RXZ Members 7.0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap program itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan MADANI mengiktiraf peranan serta sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi.

Beliau yang menyokong penuh terhadap penganjuran program itu berkata, ia (program) akan menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.

“Selaras dengan tekad kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan.

“Justeru, saya menyeru semua peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab, serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa demi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung.

“Bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan untuk memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya,” katanya.

Program RXZ Members 7.0 2025 akan berlangsung pada Sabtu ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

Dalam pada itu, Anwar turut mengajak seluruh peserta program untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan serta kecintaan kepada tanah air.

“Semoga program ini bukan sahaja menjadi wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia.

“Kerajaan MADANI akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama, memperkukuh perpaduan, serta membina budaya permotoran yang positif, selamat, dan berdaya maju demi kemakmuran negara,” katanya.

Selain sumbangan berbentuk kewangan, perbincangan lanjut mengenai keperluan seterusnya akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu hadapan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES