Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITAKempen ‘Setulus Hati’ Tawar Hadiah Mingguan RM35,000 Sempena Aidilfitri

Kempen ‘Setulus Hati’ Tawar Hadiah Mingguan RM35,000 Sempena Aidilfitri

KEMPEN ‘Setulus Hati’ oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, redONE Mobile menawarkan hadiah mingguan menarik bernilai RM35,000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, kempen tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah mingguan selain menambah keceriaan kepada pelanggan.

Menurutnya, kempen itu berlangsung sehingga 4 Mei 2025.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk perabot kayu jati bernilai RM10,000 dari Gudang Bos Ijan, barangan kemas Habib berjumlah RM10,000, baucar membeli-belah dari Lazada sebanyak RM10,000 dan barangan Elektronik dari redMALL bernilai RM10,000.

“REDONE Mobile ingin menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri lebih istimewa dengan memberikan ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

“Promosi ini adalah tanda penghargaan atas kepercayaan mereka kerana memilih redONE Mobile sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi mereka.

“Kami berharap tawaran ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, menurut Ameen, untuk layak menikmati tawaran tersebut, pelanggan baharu hanya perlu melanggan mana-mana pelan redONE Postpaid dengan komitmen bulanan minima RM48 dan akan secara automatik berpeluang memenangi hadiah eksklusif sepanjang tempoh kempen.

Tambah beliau, pelanggan boleh berkunjung ke kedai redONE Mobile di seluruh Malaysia untuk melanggan pelan redONE Postpaid pilihan mereka.

“Pelanggan sedia ada juga berpeluang menyertai hanya dengan menambah talian tambahan pelan redONE Postpaid minima RM48,” ujarnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES