Monday, July 27, 2026
HomeBERITAKemalangan Babit 12 Kereta, Lebuh Raya BKE Sesak 7km

Kemalangan Babit 12 Kereta, Lebuh Raya BKE Sesak 7km

SEBERANG PERAI – Kemalangan melibatkan 12 kereta dan dua motosikal di Lebuh Raya Butterworth Kulim Expressway (BKE) di Kilometer (KM) 10.2 arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang di sini pagi tadi mengakibatkan aliran trafik sesak sehingga tujuh kilometer (km).

Menerusi aplikasi X @plustrafik, kemalangan berlaku pada pukul 6.43 pagi itu menyebabkan lorong kecemasan serta lorong kanan terhalang.

Berdasarkan maklumat yang dikemaskini, sehingga pukul 8.10 pagi tadi, kesesakan aliran trafik dilaporkan sejauh tujuh km manakala laluan lorong kanan masih lagi terhalang.

Sementara itu, menerusi perkongsian pengguna media sosial, kemalangan tersebut melibatkan kemalangan berantai disebabkan sebuah kereta terbabas lalu menyebabkan kereta lain merempuh dari arah belakang.

“45 minit jem dari turun Mengkuang hingga ke tempat kejadian. Nak jadi cerita hari ini lalu ikut BKE,” ujar seorang pengguna media sosial.

“Pengguna laluan BKE memang laju, sebab tidak ada ‘speed trap camera’. Situ maksimum kelajuan 90 km/j. Harap tiada kecederaan serius,” balas seorang lagi pengguna.

Berdasarkan beberapa gambar dan video dimuat naik, terdapat deretan kenderaan yang rosak teruk dalam kemalangan terbabit antaranya Perodua Kancil, Myvi dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Persetankan Kata Orang, Mereka Bukan Panduan Saya’ – Afdlin Shauki

0
“TIDAK bermakna saya bakal jadi calon bertanding di Setiawangsa, itu semua ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.” Demikian penegasan pelakon Datuk Afdlin Shauki yang...

CATEGORIES