Monday, March 16, 2026
HomeBERITAJalan Raya Malaysia Antara Terbaik, Di Tangga 21 Dunia

Jalan Raya Malaysia Antara Terbaik, Di Tangga 21 Dunia

PETALING JAYA – Malaysia terus membuktikan keupayaan sebagai antara negara memiliki rangkaian jalan raya berkualiti tinggi apabila tersenarai dalam kelompok 25 negara terbaik dunia dari segi kualiti jalan raya, menurut penarafan antarabangsa terkini.

Berdasarkan Road Quality Score, Malaysia mencatat skor 5.3, setanding beberapa negara maju seperti Jerman, Finland dan Namibia, sekali gus meletakkan negara ini dalam liga sama dengan kuasa ekonomi global dari aspek infrastruktur pengangkutan darat.

Penarafan itu menyaksikan Singapura mendahului senarai dunia dengan skor 6.5, diikuti Belanda, Switzerland dan Jepun yang masing-masing mencatat skor 6.4.

Negara-negara Eropah dan Asia Timur terus menguasai kedudukan teratas, namun pencapaian Malaysia dianggap signifikan dalam kalangan negara membangun.

Pemerhati infrastruktur berpendapat, jaringan lebuh raya moden, penyelenggaraan berterusan serta pelaburan kerajaan dalam sistem pengangkutan pintar menjadi antara faktor utama yang melonjakkan kedudukan Malaysia.

“Jalan raya yang baik bukan sekadar menghubungkan bandar dan luar bandar, tetapi menjadi pemacu ekonomi, keselamatan pengguna serta kecekapan logistik negara,” kata seorang pengguna media sosial.

Dengan kedudukan ini, Malaysia dilihat berada di landasan tepat untuk terus memperkukuh sistem mobiliti negara, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat, sejajar aspirasi menjadi negara berpendapatan tinggi.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES