Monday, July 27, 2026
HomeBERITAHubungan Dua Hala: Rangsang Pasaran Perdagangan Produktif

Hubungan Dua Hala: Rangsang Pasaran Perdagangan Produktif

Kuala Lumpur: Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Moscow, Rusia membuka ruang baharu dalam memperluas potensi ekonomi Malaysia melalui hubungan strategik dengan Rusia.

negara berpengaruh dalam sektor tenaga, pertanian, teknologi dan pertahanan.

Pakar Ekonomi, Prof Dr Baharom Abdul Hamid berkata terdapat pelbagai kelebihan lawatan dikendalikan antara utama adalah peluang pasaran perdagangan dan ekonomi baharu. 

Katanya, negara bakal berpeluang menembusi pasaran Rusia dikenali sebagai kuasa besar dengan lebih agresif, khususnya dalam bidang produk halal, minyak sawit, getah serta barangan berasaskan teknologi tinggi dan pembuatan. 

“Kemampuan dijalin menerusi hubungan sihat ini secara tidak langsung membantu merancakkan eksport negara. 

“Pada masa sama, dari satu aspek lain jalinan ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional,” jelasnya. 

Beliau berkata, lawatan itu juga sebahagian daripada inisiatif perdagangan dua hala lebih kukuh dengan mewujudkan zon perdagangan bebas.

“Kedua negara juga boleh mempertimbangkan perjanjian perdagangan khusus membantu menurunkan halangan tarif dan bukan tarif, menjadikan perdagangan dua hala lebih kompetitif serta menarik kepada sektor swasta.

“Secara keseluruhan, lawatan ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi lebih seimbang, berdaya saing dan berorientasikan masa depan.

“Sejajar dengan agenda MADANI yang mengutamakan kemakmuran bersama,” ujarnya lanjut.

Perbincangan lawatan berkenaan membuka pintu kepada pelaburan Rusia dalam sektor strategik termasuk tenaga boleh diperbaharui, automotif dan pembangunan infrastruktur digital. 

Prof Baharom berpendapat, pelaburan dilakukan dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Selain itu, kerjasama dalam bidang teknologi membolehkan negara menerima pemindahan teknologi canggih meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mempercepatkan transformasi digital industri tempatan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES